Dec 30, 2010

MIMPI AKU MENUNJUKKAN TANDA

Sudah kerap kali ak bermimpi yg bkal menujukkan tanda yang bakal terjadi expecially tuk diri aku dan family....

bende ni dah jdi lebih 7thun yg lepas dimana tika tu aku bru form3..thun yg berat bgi ku kerana aku mghadapi peperiksaan PMR...
aku telah bermimpi di mana org yg aku syang dan rapat pergi tingglkan aku utk selama-lamanye.....tp yg peliknye mimpi aku nie jenazah org meninggal itu aku tidak tanam,ak n abg aku simpan nye di rumah kerana terlalu myayangi jenazah itu...
4malam aku bermimpi bende yg sama sampai la timbulny tanda2 di kaki ku..warna seakan-akan wana purple...tanda tu bkn aku yg perasan tp arwah ibuku...dia ckp "tande ape kat kaki akak tu???"aku pon tgk di kaki kiriku adew tande soal dan dikaki kanan ku adew tande seru....
aku pon cter kat arwah ibu..akak bermimpi org yg akak syg sgt2 meninggal...arwah ibu ckp "itu MIMPI HANYA MAINAN TIDUR"...ak pon abaikan...setelah 2bulan bende tu berlaku dan lagi 1bulan tuk aku m'duduki peperiksaan PMR,ibu telah pergi bertemu dgn ALLAH..pada tarikh 9hb september 2003 pada pkul 5.45pgi..aku bgaikan tak percye ibu telah tinggalkan kami tuk selama-lamanye...

setelah itu,pada tahun 2004,tarikh 31hb ogos kami sekeluarga telah di panggil oleh ibu saudar belah ibu tuk ziarah datuk kami yg sedang tenat di hospital segamat...setibe nye kami disana,arwah datuk myebut nama arwah ibu kami.."itu nana dtg tgk aku" berulang2 kali..sehingga aku tidak mmpu menahan air mata..
dan mlm itu aku telah bermimpi seorang datuk berjanggut putih dtg kepada ku,lalu pergi dgn senyuman...3mlm aku bermimpi bende yang sama....sehingga mlm 8hb september 2004 aku harap peristiwa lama xberulang...rupa2 nye sangkaan aku meleset...pagi itu kami mdapat berita yg arwah datuk telah myahut seruan illahi...dan tingglkan kami tuk selama-lamanya..waktu tu waktu persekolahan abgku sedang mduduki trial SPM....aku sedang berada di kelas meluru mgambil basikal sambil menjerit "sial nye tarikh nie!!!!!!!!"
ayah pulak bergegas ke pontian utk mgambil adik di asrama....bru lah ambil abg,...kami btul2 rasa kehilangan datuk....

tahun 2008 bulan MAC...sebelum pilihanraya,aku telah kehilangan Nenek sebelah ayahku...adakah mimpi buruk yang selalu aku alami,menunjukan tanda adoyai.....ADAKAH AKU INSAN TERPILIH DARI YANG ESA???

semoga insan2 yang telah myahut seruan ILLAHI,d'tmptkana org2 yg beriman....~~AL-FATIHAH~~

AKU TIDAK MAHU INI TERJADI

Aku xmahu bende ni berkalu lgi....aku takut dengan dugaan yg ALLAH nk uji aku,pada ari jumaat lepas aku telah kehilangan org yg rapat dgn keluarga aku iaitu atuk angkat fmily aku "OPAH"..telah kembali ke rahmatullah pada jam 5 pgi tarikh 24hb dis 2010..semoga roh opah ditemptkan dikalangan org2 yg beriman,,,opah dpt jmpe maklong,kakalong,atuk mat,n org yg paling cyg skali iaitu arwah ibuku.....aku takut tuk terime lgi org3 yg aku sayang ini pergi...
tp apakah daya aku....aku mmg sayang dia tp ALLAH lgi2 myayangi dia dr kite....
semoga arwh2 ditemptkan dikalangan org3 yg beriman disisiMU...al-fatihah....
 

Dec 27, 2010

KADANG-KADANG KITER...

* Kadang-Kadang Kita lupa nak tanya khabar si dia...

* Kadang-Kadang Kita selalu ingat dia tak ingat kita...

* Kadang-Kadang Kita selalu lupa segala kenangan bersama...

* Kadang-Kadang Kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu...

* Kadang-Kadang kita hanya pandai berkata kata daripada melakukannya...

* Kadang-Kadang Kita tak sedar ada orang menyayangi kita...

* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita...

* Kadang-Kadang kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa...

* Kadang-Kadang Kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan...

* Kadang-Kadang Kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita...

* Kadang-Kadang Kita tak tau yang dia tak suka kita...

* Kadang-Kadang Kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius...

* Kadang-Kadang Kita tak respect pada kawan kita yang banyak membantu kita...

* Kadang-Kadang Kita akan hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan...

* Kadang-Kadang Kita akan lupa kawan ketika kita sedang gembira...

* Kadang-Kadang Kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita...

* Kadang-Kadang Kita akan menyalahkan orang lain walhal kesalahan itu berpunca dari kita...

* Kadang-Kadang Kita akan utamakan yang baru dari yang lama...

* Kadang-Kadang Kita akan tersentap kalau si dia menegur kita...

* Kadang-Kadang Kita cakap kita tak akan begitu padahal kita lakukan juga..

* Kadang-Kadang Kita cuba melakukan yang terbaik tetapi menyusahkan orang lain...

* Kadang-Kadang Kita suka memerhati daripada menegur...

* Kadang-Kadang Kita suka mengharap pertolongan tampa meluahkannya...
*
* Kadang-Kadang kita senantiasa kelihatan happy padahal hanya kita saja yang tahu...

* Kadang-Kadang kita senantiasa nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita...

* Kadang-Kadang kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja...

* Kadang-Kadang kita selalu ingat kita saja betul...

* Kadang-Kadang kita sukar menerima pendapat orang lain...

* Kadang-Kadang kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh temeh...

* Kadang-Kadang Kita terlalu singkat tampa memikirkan apa kesudahannya...

Warkah Kaum Hawa(",)

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu
sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Andai engkau belum berkahwin
jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir
dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam
dan
sekaligus disususli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui penampilannya,
lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga
tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita
yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan
tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongn jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik
serta
keluarga yang membahagiakan dirimu.

Wahai kaum hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah.

Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.

Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali
tangan yang menggoncang dunia juga
yang menggoncang iman lelaki.

SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH....(^_^)

RESIPI KEK PERKAHWINAN

BAHAN:

  • 1 LELAKI SIHAT
  • 1 WANITA SIHAT
  • 100% KOMITMEN
  • 2 PASANG RESTU ORANG TUA
  • 1 BOTOL KASIH SAYANG MURNI
 PERISA:
 
  • 1 BUKU BESAR HUMOR
  • 25 GRAM REKREASI
  • 1 BUNGKUS DOA
  • 5 KALI IBADAH/HARI
SEMUANYE DIADUN HIMGGA RATA DAN MENGEMBANG


TIP:

-PILIHLAH ELLEKI DAN WANITA YG BENAR2 MATANG DAN SEIMBANG
-JANGAN YG SATU TERLALU TUA DAN YANG LAINNYA TERLALU MUDA KERANA DAPAT MEMPENGARUHI KELAZATANNYA (sebaiknya dibeli di pusat mmbeli belah yg bernama "TEMPAT IBADAH".walaupun agak jual mahal tetapi mutunya terjamin)
-JANGAN BELI DIPASAR YANG BERNAMA "DISKO" @"PARTI" KERANA WALAUPUN MODELNYA BAGUS DAN HARUM BAUNYA TAPI KADANGKALA MENIPU PELANGGAN @ KADANGKALA MENGGUNAKAN ZAT PERWARNA YANG DAPAT MEROSAKAN KESIHATAN.
-GUNAKAN KASIH SAYANG CAP " DAKWAH " YANG TELAH M'DAPATKAN PENGHARGAAN ISO DARI KEMENTERIAN KESIHATAN DAN KEROHANIAN.

CARA MEMASAK:

-LELAKI DAN PEREMPUAN DICUCI BERSIH,BUANG SEMUA MASA LALUNYA SEHINGGA TERSISA NIAT YANG MURNI.
-SIAPKAN LOYANG YANG TELAH DISAPU DENGAN KOMITMEN DAN RESTU ORANG TUA DENGAN RATA.
-MASUKKAN NIA YANG MURNI KEDALAM LOYANG DAN PANGGANG DENGAN API YG SEDERHANA SEKITAR 30 MIN DI DEPAN PENGHULU.
-BIARKAN DI DALAM LOYANG TADI DAN DISIRAMI DENGAN PERISANYA.
-KEK PERKAHWINAN SEDIA UTK DI NIKMATI

CATATAN:

KEKE INI DAPAT DINIKMATI OLEH PEMBUATNYA SEUMUR HIDUP DAN PALING ENAK DINIKMATI DALAM KEADAAN HANGAT.TAPI KALAU SUDAH AGAK DINGIN,TAMBAHKAN LAGI HUMOR SEGAR SECUKUP RASA,REAKSINYA SESUAI SELERA,SERTA BEBERAPA POTONG DOA KEMUDIAN DIHANGATKAN LAGI DI KETUHAR YANG BERJENAMA "TEMPAT IBADAH"

SETELAH MULAI HANGAT,JANGAN LUPA BERTELEFON BILA BERJAUHAN.....

  "SELAMAT MENCUBA,DIJAMIN SEMUANYA HALAL"

Dec 15, 2010

kakak sayang ayah

ayah,jerit mu sering mmbuatkan aku terjaga dari lena....kekadang kau selalu mmbebel kpd ku tuk blaja...aku xmampu tuk smua tue...maakan kakak.....kakak xboleh ayah.....akak da penat....ayah mglah dia amat memahami aku krn aku xsanggup tgk dia susah dlm mjalani kehidupan nye.....
ayah.....
kakak sedih tgk ayah dipelakukan mcm nie oleh anak ayah....ape dosa ayah pada DIA????
salah kah ayah tuk berkahwin lain???bknnye ayah memadukan arwah ibu????salahkah mama????/
ayah menangis tika si DIA tidak makan bersama ngn ayah..katany"ade hal lewat dah nie"sedang mama telah mghidangkan mkanan di ats meja....apa salah ayah???
ayah bersedih di tikar sejadah.....ayah menagis krn si DIA tidak mmberithu ayah yg DIA dpt tukar ke n9????
ape dosa ayah sehingga diammbelakan kan ayah yg mbesarkan DIA???
sediah kalu arwah ibu tgk ayah mcm nie?????ayah sakit kami xthu????kemana DIA???jnji DIA?????
akak thu ayah seorang yg tabah tuk mghadapi kenyataan hidup nie......
klu DIA xade kami yg lain masih ade tuk bahagia kan ayah.....
kami terlalu sygkan ayah....buruk mane pun ayah..ayah tetap ayah kami dunia dan akhirat....

KAMI SAYANG AYAH......MUSA BIN KASBULLAH...

aku tiada segulung dip or ape2

niat aku mmg nk sambung lgi pelajaran tp kemampuan aku terbatas kerana kekurangan kewangan bagi ku serta keluarga...biarlah aku mglah tuk semua nie mybe ade hikmah g berlaku kan...aku pon xberharap ape2 tuk blaja lgi...skup lah sekadar sijil kemahiran yg aku ade...thnks mum n my dad,amat memahami aku.aku biarkan adik2 ku dpt menjejak kaki ke menara gading bagiku smpai disinie saje....aku perlu mmbantu kuarga ku...aku xmahu mgharap pada org yg da xsedar dik untung.org tua yg byk mmbantu nye kini ditingglkan tnpe rasa kesian serta simpati..ayah terpaksa memerah tulang empat kerat bgi menyara khidupan kami..aku pula,mmbntu sekadar g mampu tuk adik2 ku du IPT....maafkan akk krn itu saje yg akk mampu tuk myara korang....jgn lah mintk ape yg akk xmmpu...pada ayh,doakan anak mu ni mdpt pekerjaan yg tetap....akak syang ayah,mama dan adik2..... 

Dec 14, 2010

Bagaimana Azan bantu padamkan kebakaran

ANGGA aluminium setinggi tiga meter yang sebelum itu tersansandar di tempat letak kereta diusung Bakar menuju ke rumah, jirannya yang sedang terbakar. Tangga itu kemudiannya ditegakkan pada tiang telefon berhampiran rumah tersebut.

"Woi Bakar, engkau nak buat apa tu? Bahaya!" jerit jirannya apabila melihat Bakar memanjat mata tangga tersebut.


Orang ramai yang berkerumun melihat api yang sedang marak dirumah jirannya itu juga bertanya, apa tujuan Bakar memanjat tangga tersebut. Kata mereka, bahaya. Api sedang marak, bila-bila masa sahaja ia akan menjilat keseluruhan rumah tersebut dan membunuh Bakar.

Bakar tidak menjawab pertanyaan itu. dari tangga, dia memanjat pula keatas bumbung rumah itu. Kemudian, Bakar memandang ke arah api yang sedang menjulang dari bumbung yang sedang terbakar, beberapa meter darinya.

Bakar meletakkan kedua-dua belah telapak tangannya ke telinga, dan...

ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBARRRRR...

ASYHADUALLA...    ILLA HAILLALLLAHHH ....

Bakar melaungkan azan sekuat hati. Suaranya tersekat-sekat akibat asap hitam yang berkepul-kepul menghala ke arahnya. Air mata Bakar mula meleleh. Pedih.

Penduduk taman perumahan itu pelik dengan kelakuan Bakar. Orang sibuk menyimbah air, kenapa dia melaungkan azan?

Seketika kemudian, semua yang menyaksikan bertambah terkejut apabila angin yang tadinya bertiup kencang, tidak semena-mena beransur hilang. Serentak itu juga api yang marak membakar sebahagian bumbung rumah teres tersebut menjadi semakin mengecil seperti disimbah air. Semakin lama, semakin mengecil dan mengecil.

Bakar cepat-cepat turun dari bumbung tersebut. Beberapa minit selepas Bakar berada bersama orang ramai yang berpusu-pusu menyaksikan kebakaran tersebut, sebahagian bumbung rumah tersebut runtuh menyembah bumi.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian  itu cepat-cepat memadamkan api tersebut daripada terus merebak. Kebetulan juga juga, pihak bomba telah tiba ke tempat kejadian. Rumah teres di Taman Desa Raya, Hulu Langat, Selangor itu berjaya diselamatkan daripada hangus keseluruhannya.

Siasatan bomba mendapati, kebakaran tersebut berpunca daripada tindakan anak mangsa yang berusia lima tahun bermain api. Mula-mula bakar kertas di bawah katil, api kemudian merebak membakar tilam dan seterusnya bumbung rumah.

Selepas peristiwa itu, penduduk taman tersebut heboh bercerita tentang kejadian aneh yang berlaku. Paling diperkatakan mereka ialah tindakan Bakar melaungkan azan ke arah api yang sedang marak. Mereka pelik, bagaimana laungan itu menyebabkan api tidak semena-mena menjadi semakin mengecil. Apa istimewanya azan selain diketahui amat ditakuti oleh syaitan dan jin?

Apabila jiran-jiran menceritakan kejadian pelik itu kepada Syed Ahmad, penduduk kawasan perumahan tersebut, lelaki tersebut hanya tersenyum. Syed Ahmad ketika itu baru pulang dari tempat kerjanya di Pulau Pinang, dia tidak dapat menyaksikan kejadian tersebut.

"Lelaki bernama Bakar itu adalah sahabat saya. Dia jiran kepada mangsa, tapi sekarang Bakar sudah berpindah ke Negeri Sembilan. Kejadian itu juga telah berlaku 10 tahun dahulu," cerita Syed Ahmad ketika mengimbas kembali kebakaran yang berlaku di rumah sahabatnya itu.

Ramai yang pelik dengan kejadian itu, namun berbeza dengan Syed Ahmad, 48, bekas seorang jurutera sebuah syarikat pembinaan. Baginya semua itu bukanlah perkara aneh. Beliau tahu penjelasannya melalui ilmu sains yang telah dikajinya sejak menuntut di sebuah universiti di luar negara.

Terang Syed Ahmad, "Tindakan Bakar melaungkan azan adalah perkara yang tepat. Tujuannya untuk memisahkan dan menghalau syaitan daripada api. Keadaannya sama seperti bayi yang baru lahir sunat diazankan untuk menjauhkannya daripada gangguan jin atau syaitan. Bila azan, syaitan terus lari," cerita Syed Ahmad.

Jadi, bagaimana azan boleh memadamkan api, melalui penerangan sains?

"Saya akan jelaskan. Tapi awak kena faham betul-betul sebab banyak konsep dan istilah sains dalam penerangan saya nanti," kata Syed Ahmad kepada Mastika, lalu menunjukkan carta gelombang cahaya di komputernya.

Carta itu menunjukkan bermacam macam skala haba dan gelombang cahaya, daripada sejuk kepada panas, radio wave hingga gamma ray, dan sebagainya.

"Saya nak terangkan sekarang, kalau tak faham, beritahu, ya," kata Syed Ahmad.Kami mengangguk.

"Okey... mula-mula kita lihat dari sudut Islam, semua makhluk yang ada di alam ini Allah jadikan dari nur-Nya yang Maha Suci, iaitu cahaya kekuasaan-Nya. Istilah nur dalam bahasa kemanusiaan disebut sebagai cahaya atau ray. Syaitan pula dijadikan daripada api, iaitu cahaya yang sangat panas.

"Dalam ilmu sains, cahaya adalah salah satu pecahan 'tenaga'. Tenaga itu pula kita boleh pecahkan kepada tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga kinetik dan tenaga bunyi. Apabila dirangkumkan dalam ilmu sains, kita panggil ia electro-magnetic spectrum.

"Tenaga ini pula kita boleh pecah-pecahkannya mengikut frekuensi. Frekuensi rendah berada disebelah kiri iaitu radio wave, seterusnya microwave, kepada infra red. Ditengahyang berfrekuensi tinggi, seperti yang saya tunjuk dalam carta ini," jelas Syed Ahmad.

"Setakat ini faham?" soalnya.

"Faham. Tapi apa kaitannya dengan azan?

"Nanti dulu. Kita sebagai manusia berada ditengah-tengah yang diwakili oleh visible light. Perkataan 'ray' menunjukkan tenaga disebelah kanan visible light didominasikan oleh cahaya atau nur. Kita juga tahu malaikat dijadikan daripada nur atau cahaya. Oleh itu, dinamakan gelombang sebelah kanan sebagai zon 'angelic' atau zon kemalaikatan.

"Sebelah kiri dari visible light terdapat nifra-red yang mendominasi cahaya seperti waktu petang yang panas dan terik. Mega merah ini juga menandakan masuknya waktu Maghrib. Orang tua-tua selalu berpesan agar tidak bermain pada waktu itu kerana syaitan, jin dan hantu sedang berkeliaran.

"Ke arah kiri selanjutnya, kita bertemu dengan julat micrwave untuk memasak. Kekiri lagi, zon transisi dengan radio wave dimana telefon bimbit kita menggunakan frekuensi ini. oleh itu bila bercakap terlalu lama, telinga kita akan  terasa panas.

"Jadi, kita boleh katakan bentuk tenaga yang mendominasi julat visible light adalah tenaga dalam bentuk haba. Haba itu panas, panas kita kaitkan dengan api, dan syaitan dijadikan daripada lidah api.

"Jadi kita boleh katakan, julat sebelah kiri ialah 'zone syaithanic' atau zon kesyaitanan."Kita permudahkan dengan menyatakan bahawa manusia berada pada julat visible light, syaitan pada julat kiri visible light dan malaikat pula, frekuensi tinggi iaitu gamma ray disebelah kanan.

Faham?" tanya Syed Ahmad.

Nampak macam faham, tapi pening sikit. Tak mengapa, teruskan Syed Ahmad, tapi cepat kaitkan dengan azan supaya Mastika tidak pitam!

"Okey... okey," Syed Ahmad ketawa, Sambungnya, daripada kenyataan tadi dapatlah dibuat perkaitan berhubung dengan makhluk manusia, syaitan dan malaikat. Semua itu adalah berdasarkan perspektif 'electromagnetic spectrum'

"Kita tahu yang di sebelah kiri dan kanan itu sifatnya ghaib. Hanya manusia yang nyata dari segi zahir, zarah atom serta molikulnya. Manakala syaitan dan malaikat tiada atomnya.

Berbalik kepada tindakan sahabat saya melaungkan azan, saya ulangi, gelombang kesyaitanan berada di sebelah kiri sedangkan kemalaikatan di sebelah kanan. Apabila azan, gelombang kiri akan tertolak dengan gelombang kanan.

"Sama juga apabila kita mahu lihat benda putih, mesti lakarkan hitam supaya yang putih menjadi terserlah.

"Kebakaran adalah gelombang kiri kerana menghasilkan haba, maka syaitan akan mudah menumpang padanya yang menambahkan kemarakan api. Azan pula mengikut syarak bererti zikir yang dilaungkan menggunakan kalimah-kalimah suci. Maka, ia adalah gelombang kanan. Maknanya, laungan azan akan menolak gelombang yang berada pada api dan api hanya tinggal api. Syaitan sudah lari meninggalkan api itu.

"Sebab itulah, apabila azan dilaungkan, api yang marak membakar rumah tersebut terus mengecil," cerita Syed Ahmad kepada kami.

Malah kata Syed Ahmad, hadis juga ada menyebut perkara ini, yang maksudnya:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya RaSulullah s.a.w. bersabda: Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinyaa sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak  terdengar lagi azan. selesai azan, syaitan akan kembali lagi sehinggalah Iqamah untuk sembahyang diserukan, dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang."

"Sebenarnya ada banyak lagi hikmah azan yang kita sendiri tidak ketahui jika tidak mengkajinya. Sebab itulah jangan sesekali kita mempermainkan azan!" jelas Syed Ahmad kepada kami.

Hati Seorang Perempuan

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis
,Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis dengan murni,
penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah.
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah,
kerana suatu hari nanti,
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

attention guys ! : please dont hurt ur gul feeling. it really do feel SUCKS !

Rindu Pada Yang Tak Sudi

Tak guna ku merayu jika orang tak sudi
Hanya menambah pilu di dalam hati
Lebih baik aku pergi daripada ku dihina Dengan kata-kata 

Kusedar diri ini tak sepadan denganmu
Aku sekadar teman waktu kau memerlukan
Dan bila kau dah bosan
Lalu aku kau singkirkan
Dengan tiba-tiba sampainya hatimu

Akan kuteruskan hidup ini Walaupun diri ini tiada di sisi
Akan kuteruskan perjalanan
Walaupun amat pedih
Terpaksalah aku hadapi

Jangan lagi kau bertanya tentang diriku ini
Biarlah ku menyepiSusah payah ku sendiri airmata menemani
Sepanjang malam sepi
Apa guna ku merindu jika orang tak peduli
Pada diriku lagi
Apa guna ku mengharap kasih orang
Sedangkan orang tak sudi lagi

Ku berdoa pada tuhan agar jiwa ini tenang Setelah kau lukai Sisa kita masa lalu adakala menggangguku
bersama kenanganku
Ku berharap suatu hari agar kau bahagia dengan insan yang kau pilih
Kuucapkan selamat tinggal
Susah payah ku sendiri airmata menemani
Pada diri ku lagiKu berdoa pada Tuhan agar jiwa ini tenang Setalah kau lukai

wanita kedua

wanita kedua


Salahkah Aku?
Hadir s'tlah wanita itu,
M'jd wanita kedua dlm hidupmu,
Walau itu bkn inginku.


B'dosakah Aku?
M'clarkn hati wanita p'tama itu,
M'buat airmatanya m'galir lesu,
Hanya krama keegoaanmu.


Sanggupkah Aku?
Jadi wanita kedua itu,
M'khianati hati wanita suci,
M'jdi mangsa kerakusan LELAKI.


Akukah itu?
Wanita kedua dlm hidupmu,
Sedangkn wanita p'tama itu setia menantimu.


Relakah Aku?
M'gundur diri walau menyayangimu,
B'korban demi wanita pertama,
Hanya krana ak wanita kedua.


Wanita kedua akhirnya akur pada ketentuan,
Kerana tidak mampu m'perjuangkn
Sebuah episod cinta tak kesampaian....


Adakah ak wanita kedua itu??